Ruangan ini
membincangkan empat personaliti
lain iaitu keusahawanan, sosial,
artistik dan konvensional seperti
yang disarankan oleh Teori Holland
(1958).
Holland dengan jelas menganalisis
keperluan pekerjaan, seterusnya
membantu mencari titik pertemuan
antara potensi diri anda dengan
kerjaya yang sesuai.
Analisis diri ini sangat penting
kerana dapat membantu anda
mengenali personaliti diri
seterusnya mampu menyesuaikan
dengan kerjaya yang menjadi minat
diri.
Image
1. Keusahawanan
Individu jenis ini mempunyai
semangat keusahawanan yang
tinggi dalam bidang berkaitan
pengurusan dan perniagaan.
Mereka lazimnya mampu memujuk
orang lain dengan menggunakan
kemahiran lisan yang baik.
Menariknya, individu jenis ini suka
berurusan sama ada dengan data
mahupun manusia dan jika boleh,
akan mencari prestij dan
kedudukan di mana saja.
* Ciri personaliti:
Persuasif, bertenaga, bersosial, suka
cabaran, bercita-cita tinggi, suka
ambil risiko, agresif, memujuk,
cergas, ekstrovert, bersungguh-
sungguh, suka berbahas, yakin,
mempengaruhi, interpersonal yang
baik, kebolehan memimpin,
menonjolkan diri, pentingkan diri,
maskulin dan bermotivasi.
* Bidang pekerjaan yang sesuai:
Hospitaliti, pelancongan, perhotelan,
komunikasi, perbankan, pelaburan,
kewartawanan, undang-undang,
sains politik, pemasaran,
pengiklanan, pengurusan,
pentadbiran, perniagaan, insurans,
penerbitan, penilaian dan
keusahawanan.
* Bidang pengajian:
Pengurusan hospitaliti, pelancongan,
rekreasi, perhotelan, komunikasi,
pengurusan dan pentadbiran,
pemasaran, perniagaan, undang-
undang, sains politik, sains aktuari,
pengiklanan dan kewartawanan.
2. Sosial
Jenis personaliti ini terdiri daripada
individu yang suka berurusan
dengan orang ramai. Mereka sangat
menginginkan hubungan
interpersonal namun, cuba untuk
tidak cenderung ke arah aktiviti
berbentuk intelektual atau fizikal
yang intensif.
* Ciri personaliti:
Menolong, memberitahu, mengajar,
memberi inspirasi, membimbing,
memberi khidmat, rasional,
bijaksana, ambil berat, memujuk,
prihatin, bertanggungjawab,
peramah, penyabar, baik hati, riang,
ekstrovert, memahami orang lain,
suka bergaul serta pemurah.
* Bidang pekerjaan yang sesuai:
Hospitaliti, pelancongan,
perhubungan awam, kaunseling,
terapi, perkhidmatan pelanggan,
psikiatri, sosiologi, pendidikan,
politik, kejururawatan,
pengacaraan, pramugari dan
diplomatik.
* Bidang pengajian:
Pengurusan hospitaliti, pengurusan
pelancongan, komunikasi,
perhubungan awam, kaunseling,
pengurusan perkhidmatan, sains
sosial, pentadbiran, pendidikan,
kejururawatan, pengurusan acara,
sains politik dan pengurusan
sumber manusia.
3. Artistik
Individu jenis ini berkebolehan
mencipta sesuatu karya seperti
sajak, muzik, lukisan atau ukiran
menarik hasil daripada bakat yang
ada.
Mereka ialah pencipta yang mahu
berurusan dengan idea dan
manusia. Bagi mereka ekspresi diri
sangat bernilai dan lazimnya tidak
menyenangi kehidupan yang
berstruktur dan terurus.
* Ciri personaliti:
Kompleks, asli, mengikut gerak
hati, bebas, penuh perasaan,
kreatif, sensitif, imaginatif, banyak
idea, lembut, fleksibel, tergesa-gesa,
berpendirian, suka bersendirian,
terbuka dan idealistik.
* Bidang pekerjaan yang sesuai:
Seni bina, reka bentuk dalaman,
reka grafik, kewartawanan,
komunikasi, pengiklanan,
persembahan tarian, pemasaran,
pendidikan bahasa dan sastera,
muzik, perekaan fesyen, penulisan
skrip, lukisan dan lakonan.
* Bidang pengajian:
Seni bina, seni lukis, seni reka, reka
bentuk dalaman, reka grafik, fesyen
komunikasi, kesusasteraan,
kebudayaan, muzik, bahasa, sastera
dan seni lakon.
4. Konvensional
Personaliti konvensional adalah
jenis terurus dan sistematik dalam
pekerjaan yang dilakukan. Mereka
lebih berminat berurusan dengan
data dan situasi.
Selain itu, suka menurut arahan
dan mempunyai kawalan diri yang
kuat di samping suka kepada
persekitaran yang terurus.
* Ciri personaliti:
Berhati-hati, patuh, konservatif,
berhemat, kawalan diri,
berstruktur, jujur, kemas, cekap,
sopan, teliti, tekun, bersungguh-
sungguh, suka mempertahankan
diri, bijak sesuaikan diri, mendesak,
tegas, praktikal, disiplin dan
terancang.
* Bidang pekerjaan yang sesuai:
Aktuari, pentadbiran, perbankan,
kejuruteraan, kewangan, teknologi
maklumat, ukur bahan, akauntan,
editor, pengurusan, perpustakaan,
kewartawanan, pengauditan dan
statistik.
* Bidang pengajian:
Sains aktuari, perbankan,
kejuruteraan, kewangan,
pengurusan, pentadbiran
perniagaan, teknologi maklumat,
ukur bahan, perakaunan,
kewartawanan, pengurusan, sains
perpustakaan, pengauditan dan
statistik.
We Post It!, You Grab It! - Quick refference for job updates in Brunei Darussalam.
No comments:
Post a Comment